Hibah Hartanah
Kuantan, Pahang

  1. Hibah hartanah bercagar atau Hibah Bersyarat Rumah Bercagar (HBRB) merupakan salah satu instrumen pilihan perancangan harta untuk mengelakkan perebutan harta pusaka di kemudian hari. Pembahagian harta pusaka sering menjadi permasalahan rumit sekiranya tidak dirancang dengan baik ketika anda masih hidup.
Saya, Nur Hafiyah Nordin (NHN) selaku Dae’i Mawarith berdaftar (Perunding Hibah Hartanah Kuantan)dengan Wasiyyah Shoppe Berhad akan kongsikan sedikit berkenaan Hibah Hartanah.
Hibah Hartanah Kuantan
msg1288955204-41984 (1)
Hibah hartanah Kuantan

Saya dan suami ada membeli rumah dan meletakkan dua nama - nama suami dan nama saya. Pinjaman rumah atas nama saya. Bagaimana jika suami saya meninggal dunia dahulu?

Bagi rumah yang atas dua nama, setiap pemilik secara langsung mempunyai hak milik sebanyak 50% seorang. Oleh itu apabila berlaku kematian pada salah seorang, maka bahagian pemilik yang telah meninggal dunia itu akan menjadi pusaka dan difaraidkan.

Jika hutang atas nama pemilik yang masih hidup, hutang tersebut akan terus dibayar oleh pemilik (penghutang) yang masih hidup walaupun 50% bahagian rumah tersebut telah ditukar kepada nama waris faraid pemilik yang telah meninggal dunia.

-Hibah Hartanah Kuantan, Pahang

Jadi apa isunya di sini?
Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi dah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid. Jika suami masih ada parent, parent boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Bab duit bukan boleh buat main, RM10k pun orang dah gelap mata. Katakan parent suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka. Maka isteri perlu bayar RM250k (jika harga rumah rm500k) untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

-Hibah Hartanah Kuantan, Pahang

Hati-hati
Mampu ke isteri nak bayar 250k cash, jarang org mampu. Kalau ada yg kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dri UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dgn baik. Jadi berhati2.

Apa akan jadi jika parent tetap bekeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggallah si balu dgn anak-anak tanpa rumah.

Apa yg kita perlu buat?
1. Tahu siapa waris isteri/suami kita.
2. Buat dokumen perancangan harta.
3. Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nk joint loan.

-Hibah Hartanah Kuantan, Pahang

Hibah Hartanah Kuantan, Pahang
Hibah Hartanah Kuantan, Pahang

Apa beza hibah takaful dengan hibah harta?

Hibah takaful yang anda buat ialah untuk anda pastikan orang tertentu yang anda namakan sebagai ‘penerima hibah’ mendapat manfaat takaful anda sepenuhnya. Bila dia terima manfaat itu, ia tidak menjadi harta pusaka dan tak perlu diagihkan kepada waris faraid kerana ia telah dihibah.
Hibah takaful tiada kena mengena dengan harta anda yang lain seperti rumah, saham, barang kemas, kenderaan dll. Hibah takaful hanya terkait dengan polisi takaful yang anda miliki sahaja.
 
Hibah harta ialah hibah yang anda buat ke atas harta anda yang lain. Contohnya anda hibahkan rumah kepada anak-anak anda. Ia melibatkan rumah itu sahaja. Rumah itu sudah menjadi milik anak anda dan tidak akan diagihkan kepada waris faraid lain kerana telah dihibah.
 

Harta lain seperti akaun bank, saham syarikat, kenderaan, barang kemas anda tidak terlibat. Kerana harta-harta ini tidak dihibahkan, maka ia tetap menjadi harta pusaka dan hak waris faraid ke atasnya.

-Hibah Hartanah Kuantan, Pahang

 
 
msg1288955204-41984 (1)
Hibah hartanah Kuantan

Akad Hibah Harta Mesti Tepat

Membuat hibah takaful tak bermakna harta anda yang lain pun telah anda hibahkan. Akad hibah mesti tepat kerana ia rukun. Anda perlu menyebut, “Saya Omar bin Abu menghibahkan rumah saya di no 10, Jalan 15/2, Taman Cempaka, Ampang kepada anak saya Ali bin Omar.” Harta yang dihibah mestilah tepat deskripsinya dan boleh diasingkan dari harta anda yang lain. Ini rukun. Jika rukun tidak dipenuhi, hibah itu tidak sah.
Anda tidak boleh menyebut, “Saya Omar bin Abu menghibahkan semua harta saya kepada anak saya Ali bin Omar.” Lafaz ini tidak akan menjadikan hibah itu sah kerana hartanya secara spesifik tidak disebut.
 
Hibah takaful yang anda buat itu hanya spesifik kepada polisi takaful anda sahaja. Harta anda seperti rumah dll tetap harta pusaka dan perlu diagih kepada waris faraid.

-Hibah Hartanah Kuantan, Pahang
msg1288955204-41984 (1)
Hibah hartanah Kuantan
Hubungi sekarang