Hibah Hartanah

Antara punca utama hilangnya pemilikan hartanah bumiputra adalah kerana isu pewarisan.

Bungalow, teres, kondominium, apartment, tanah dan ladang kebun — Kesemua jenis hartanah ini adalah aset yang ingin dimiliki oleh semua orang kerana sifatnya yang berkembang dari sudut nilai pada masa hadapan. Namun, seringkali hartanah dijual oleh waris-waris dengan tujuan mendapatkan bahagian faraid masing-masing.

Persoalannya, dengan kenaikan nilai hartanah dan syarat pembiayaan kewangan yang semakin ketat, mampukah waris-waris ini dan generasi mereka yang akan datang memiliki hartanah sendiri nanti?

Jumlah peningkatan pemilikan hartanah bumiputra hanyalah 1% setiap tahun!

Ramai yang menganggap dengan adanya faraid, harta peninggalan pasti akan diuruskan dengan sebaiknya oleh waris. Tetapi, sudah banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut hartanah pusaka sampai ada yang terputus hubungan.

Waris yang benar-benar memerlukan akhirnya terpaksa hidup merempat kerana hilangnya pemilikan hartanah tersebut. Generasi keturunan yang akan datang juga rugi secara keseluruhannya kerana tidak lagi memiliki aset hartanah yang semakin berkembang nilainya ini.