

Tahukah anda, 9/10 daripada RM90 Billion harta beku di Malaysia, adalah Harta Pusaka Umat Islam?
Pada tahun 2023, sejumlah RM90 bilion harta pusaka yang dibekukan adalah milik umat Islam dan sebahagian besar daripada harta yang beku itu adalah dalam bentuk hartanah dan wang.
Jumlah ini jika disimpan di dalam bank, dividennya sahaja boleh membiayai kos pengurusan 10 universiti selama 20 tahun!
ANTARA PUNCA HARTA PUSAKA TERBEKU & LAMBAT DIURUSKAN

WARIS BUNTU KERANA TIDAK TAHU PROSES PERUNDANGAN
YANG BETUL
Bagi orang Islam di Semenanjung Malaysia, waris perlu melalui kedua-dua proses undang-undang iaitu syariah dan sivil sebelum dapat menerima harta pusaka yang ditinggalkan. Kebanyakan waris buntu kerana tidak tahu apakah proses yang sebenar.

WARIS BIMBANG DIKENAKAN FI YANG MAHAL JIKA MAHU MENGURUSKAN PUSAKA
Fi yang dikenakan untuk pengurusan pusaka boleh mencecah sehingga 5% dari nilai harta pusaka yang ingin dituntut tidak termasuk fi buka fail dan fi rampaian yang lain. Waris bimbang bagaimana dan siapa yang akan menanggung fi ini menyebabkan mereka bertangguh dari menguruskan pusaka.

WARIS TIDAK FAHAM
HUKUM PEMBAHAGIAN
FARAID
Majoriti waris tidak faham siapakah yang berhak ke atas harta pusaka mengikut pembahagian faraid. Ini menyebabkan sering berlaku perbalahan di antara waris kerana berebut hak ke atas harta pusaka.
Begitu banyak kes perebutan harta pusaka, waris bertengkar dan menjadi mangsa.
Ramai dalam masyarakat kita menganggap hal pengurusan harta pusaka penting setelah berlaku kematian sahaja. Mereka anggap dengan adanya wasiat & faraid, segala proses akan menjadi mudah.
Realitinya, ramai waris tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Apabila berdepan dengan masalah dan proses menjadi terlalu rumit, ada juga yang berputus asa setengah jalan. Lebih teruk, berlaku perebutan dan pergaduhan sesama ahli keluarga.

WARIS TIDAK FAHAM HUKUM
Waris tidak mengetahui tentang hukum-hukum berkaitan harta pusaka ; siapa yang layak terima dan berapa bahagian mereka, tuntutan hutang ke atas harta pusaka. Ini menyebabkan timbul perselisihan di antara waris yang menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas.
WARIS TIDAK TAHU PROSES
Biasa berlaku di mana waris tidak tahu apa proses yang perlu dilalui, di mana ingin bermula, apa borang yang perlu diisi, apa dokumentasi yang perlu dilampirkan, apa proses yang perlu dilalui. Waris juga tidak faham bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad.
WARIS TIADA MASA
Untuk melalui proses perundangan di atas , waris tiada masa kerana mereka perlu berurusan dengan agensi – agensi di atas pada hari dan waktu bekerja. Ini menyebabkan ada waris yang tepaksa mengambil cuti bagi menguruskan urusan pusaka dan ini membebankan waris.
PENGURUSAN PUSAKA YANG MAHAL DAN MEMBEBANKAN
Oleh kerana proses pengurusan pusaka ini tidak mudah, maka fi pengurusan pusaka yang dikenakan pihak ketiga juga tidak murah. Ia boleh melibatkan kos dari 1% sehingga 5% dari nilai harta pusaka kasar. Fi ini tidak termasuk fi rampaian yang mungkin timbul dari pengurusan kes ini. Fi-fi ini sama ada ditolak dari harta pusaka atau perlu dibayar oleh waris sekiranya simati tidak meninggalkan harta tunai dari harta pusakanya. Ini membebankan waris.
SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka AL WASITAH untuk rakyat Malaysia.
Dengan bayaran semurah RM 1.67* sehari, perkhidmatan ini memberikan manfaat kepada pelanggan semasa hidup dan manfaat kepada waris selepas kematian pelanggan.
Wasiyyah Shoppe Berhad ialah satu-satunya syarikat amanah yang boleh membantu waris pelanggan melalui semua proses tuntutan harta pusaka secara PERCUMA. Waris tidak akan dikenakan apa-apa caj dan harta pusaka tidak akan dipotong walau satu sen pun. Harta pusaka juga akan diterima terus oleh waris-waris.
Manfaat ini akan dinikmati oleh waris kepada pelanggan yang melanggan perkhidmatan pengurusan harta pusaka Al Wasitah.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN
AL-WASITAH SEMASA HIDUP
Khidmat rundingcara peribadi kepada waris. Wakil Wasiyyah Shoppe Berhad akan datang ke rumah pada bila-bila masa yang dikehendaki sama ada siang atau malam, hari bekerja atau hari cuti, untuk menasihatkan waris tentang hukum berkaitan harta pusaka, faraid dan proses perundangan yang perlu dilalui waris. Khidmat rundingcara ini membantu kerana ia memberikan panduan jelas kepada waris tentang apa proses perundangan yang sedang menunggu mereka.
Perkhidmatan melengkapkan semua dokumentasi berkenaan permohonan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Segala urusan dokumentasi bagi urusan di atas akan dilengkapkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Waris tidak perlu bersusah-payah turun naik pelbagai pejabat bagi mendapatkan maklumat.
Perkhidmatan mengiringi waris ketika perbicaraan di Pejabat Pusaka dan Mahkamah Tinggi Sivil. Apabila bicara kuasa dijalankan, wakil Wasiyyah Shoppe Berhad akan mengiringi waris bagi memberikan panduan.
Perlantikan peguam bagi kes di Mahkamah Tinggi Sivil. Bagi kes yang dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( kes pusaka bernilai RM 2 juta ke atas ), Wasiyyah Shoppe Berhad akan melantik panel peguamnya bagi mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi Sivil.
Membantu waris melalui semua proses sehingga Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dikeluarkan ( Pejabat Pusaka Kecil ) atau sehingga Geran Probet / letter of administration dan Distribution Order dikeluarkan ( Mahkamah Tinggi Sivil ) . Kesemua urusan akan dibantu urus untuk waris sehinggalah semua perintah berkenaan dikeluarkan. Kaedah pendaftaran semua dokumen ini juga akan dibantu urus oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.