Kalau anda mempunyai rancangan untuk menjual rumah anda pada masa akan datang, anda perlu mengetahui nilai sebenar rumah. Penilaian hartanah (atau dikenali juga sebagai penilaian harta tanah) adalah proses penaksiran nilai sesebuah rumah bila hendak dijual di pasaran.
Menganggar harga hartanah anda adalah langkah pertama untuk menarik minat bakal pembeli dengan tawaran anda. Semua ni adalah untuk memastikan anda mengetahui nilai sebenar rumah dan dapat memaksimumkan keuntungan sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah anda dengan cepat.

Seorang pakar penilaian yang dilantik oleh bank akan memberi kata putus atas penilaian hartanah, setelah mempertimbangkan jualan hartanah yang serupa dalam masa yang sama. Dia juga akan memeriksa hartanah untuk mengetahui keadaan semasa, jangka hayat dan apa-apa pengubahsuaian yang dilakukan.
Rekod jualan boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Setelah semuanya selesai, semua maklumat akan diperincikan dalam laporan penilaian dan diserahkan kepada bank.
Disini, kami juga ada tawarkan khidmat untuk semak harga pasaran rumah ni dengan percuma. Jika anda berminat, sila isikan maklumat lengkap dalam borang di bawah.