Ejen Hartanah Bentong, Pahang

Sedang mencari ejen hartanah di Bentong untuk membantu menjual rumah, tanah atau hartanah anda?

Saya Nur Hafiyah Nordin (REN 64455), Perunding Hartanah berdaftar di bawah Legacy Real Property Sdn Bhd E(1)1925.

Saya membantu pemilik dalam urusan jual beli hartanah sekitar Bentong, Karak, Janda Baik dan kawasan berhampiran, bermula daripada semakan harga pasaran, pemasaran hartanah, mendapatkan pembeli, rundingan harga sehingga proses jual beli selesai.

Jika tuan/puan bercadang untuk menjual hartanah tetapi masih tidak pasti tentang harga pasaran atau proses menjual rumah, boleh hubungi saya untuk berbincang terlebih dahulu.

Nak jual rumah atau tanah di Bentong?
WhatsApp Hafiyah untuk semakan awal hartanah anda.

Ramai pemilik rumah tidak pasti hendak bermula dari mana apabila bercadang untuk menjual hartanah.

Antara persoalan yang biasa saya terima:

  • Berapa harga pasaran rumah saya sekarang?
  • Berapa harga sesuai untuk saya jual?
  • Berapa baki pinjaman rumah?
  • Berapa kos yang perlu dibayar oleh penjual?
  • Perlu bayar RPGT atau tidak?
  • Berapa lama biasanya proses menjual rumah?
  • Bagaimana hendak mendapatkan pembeli yang betul-betul layak?

Sebab itu sebelum hartanah dipasarkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memahami keadaan hartanah dan menentukan harga jualan yang munasabah berdasarkan pasaran semasa.

Saya boleh membantu tuan/puan membuat semakan awal sebelum kita menentukan strategi pemasaran yang sesuai.

Khidmat Ejen Hartanah Bentong

Sebagai perunding hartanah, saya membantu pemilik menguruskan proses penjualan hartanah dari peringkat awal sehingga transaksi selesai.

Antara urusan yang boleh dibantu:

Semakan harga pasaran
Membantu pemilik mendapatkan gambaran mengenai harga pasaran hartanah berdasarkan lokasi, jenis hartanah, keadaan rumah dan transaksi atau penawaran di kawasan sekitar.

Pemasaran hartanah
Hartanah dipasarkan melalui saluran yang bersesuaian untuk meningkatkan pendedahan kepada bakal pembeli.

Screening bakal pembeli
Semakan awal membantu mengurangkan risiko berurusan dengan pembeli yang tidak bersedia atau mempunyai masalah kelayakan pembiayaan.

Urusan viewing
Menyelaras lawatan bakal pembeli ke hartanah.

Rundingan harga
Membantu proses rundingan antara pemilik dan pembeli sehingga persetujuan dicapai.

Urusan booking, pembiayaan dan SPA
Membantu menyelaras proses transaksi bersama pihak berkaitan seperti pembeli, banker dan peguam sehingga urusan jual beli selesai.


 

Semakan Harga Pasaran Rumah Bentong

Salah satu kesilapan yang biasa berlaku apabila menjual rumah ialah menetapkan harga berdasarkan jumlah yang kita mahu, bukan berdasarkan keadaan pasaran.

Harga terlalu tinggi boleh menyebabkan hartanah lama berada di pasaran.

Harga terlalu rendah pula boleh menyebabkan pemilik kehilangan peluang mendapatkan nilai yang lebih baik.

Antara perkara yang biasanya perlu dipertimbangkan ialah:

  • lokasi hartanah
  • jenis rumah
  • keluasan tanah dan binaan
  • pegangan Freehold atau Leasehold
  • status Bumi Lot atau Non-Bumi
  • keadaan dan renovasi rumah
  • transaksi hartanah sekitar
  • harga rumah pesaing yang sedang berada di pasaran
  • permintaan pembeli di kawasan tersebut

Tuan/puan boleh berikan maklumat asas hartanah kepada saya untuk semakan awal harga pasaran.

Kawasan Hartanah Sekitar Bentong

Perkhidmatan hartanah meliputi Bentong dan beberapa kawasan sekitarnya, antaranya:

Bentong
Rumah kediaman, tanah dan hartanah sekitar bandar serta daerah Bentong.

Karak
Rumah untuk dijual, tanah dan hartanah sekitar Karak.

Janda Baik
Tanah, dusun, rumah kediaman dan hartanah sekitar Janda Baik.

Kawasan lain sekitar daerah Bentong juga boleh dipertimbangkan mengikut jenis hartanah dan lokasi.

 

Kenapa Berurusan Dengan Perunding Hartanah Berdaftar?

Menjual rumah melibatkan transaksi bernilai besar dan beberapa proses seperti rundingan harga, pembiayaan bank, dokumentasi dan urusan undang-undang.

Berurusan dengan perunding hartanah yang mempunyai nombor REN membolehkan pemilik mengetahui identiti individu serta agensi hartanah yang mengendalikan transaksi mereka.

Saya:

Nur Hafiyah Nordin
REN 64455
Legacy Real Property Sdn Bhd
E(1)1925

Pemilik boleh membuat semakan nombor REN melalui saluran rasmi LPPEH.

Proses Jual Rumah Dengan Hafiyah

Secara ringkas, proses penjualan biasanya bermula seperti berikut:

1. Maklumat hartanah
Pemilik memberikan maklumat asas mengenai rumah atau tanah.

2. Semakan harga pasaran
Kita menentukan julat harga yang sesuai berdasarkan keadaan pasaran.

3. Strategi pemasaran
Gambar, maklumat hartanah dan bahan pemasaran disediakan.

4. Pemasaran hartanah
Hartanah diperkenalkan kepada pasaran melalui saluran yang bersesuaian.

5. Screening & viewing
Bakal pembeli dikenal pasti dan lawatan hartanah diatur.

6. Rundingan
Harga dan terma dirunding antara pembeli dan pemilik.

7. Booking & pembiayaan
Proses booking dan permohonan pembiayaan pembeli dimulakan jika berkaitan.

8. Sale & Purchase Agreement (SPA)
Peguam menguruskan dokumentasi jual beli.

9. Penyelesaian transaksi
Proses diteruskan sehingga pembayaran dan penyerahan milikan mengikut terma transaksi.

Tuan/puan boleh berikan maklumat berikut untuk semakan awal:

  1. Alamat/lokasi hartanah
  2. Jenis hartanah
  3. Keluasan tanah
  4. Keluasan binaan jika ada
  5. Freehold / Leasehold
  6. Bumi / Non-Bumi
  7. Bilangan bilik & bilik air
  8. Keadaan atau renovasi hartanah
  9. Harga yang ingin dijual

Jika belum tahu harga hendak dijual pun tidak mengapa.

Kita boleh mulakan dengan semakan harga pasaran terlebih dahulu.

Soalan Lazim Ejen Hartanah Bentong

Berapa harga rumah saya di Bentong?

Harga bergantung kepada lokasi, jenis hartanah, keluasan, tenure, keadaan rumah dan keadaan pasaran semasa. Semakan perlu dibuat berdasarkan hartanah tertentu sebelum julat harga yang lebih munasabah dapat diberikan.

Berapa komisen ejen hartanah untuk menjual rumah?

Fi agensi bergantung kepada jenis transaksi dan tertakluk kepada skala fi serta peraturan yang berkuat kuasa. Terma fi hendaklah dipersetujui antara pemilik dan agensi sebelum pemasaran dijalankan.

Boleh jual rumah yang masih mempunyai loan bank?

Boleh. Rumah yang masih mempunyai baki pembiayaan boleh dijual. Peguam akan menguruskan proses berkaitan redemption dengan pihak bank dalam transaksi tersebut.

Berapa lama proses jual rumah?

Tempoh bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis hartanah, harga, status hak milik, pembiayaan pembeli dan proses dokumentasi. Selepas SPA ditandatangani, tempoh penyelesaian pula tertakluk kepada terma dalam SPA.

Boleh jual tanah di Bentong melalui ejen?

Boleh. Maklumat seperti lokasi, keluasan, kategori kegunaan tanah, tenure, sekatan kepentingan dan dokumen hak milik perlu disemak terlebih dahulu sebelum strategi pemasaran ditentukan.

Kawasan mana sekitar Bentong yang Hafiyah uruskan?

Antara kawasan yang boleh dibantu ialah Bentong, Karak, Janda Baik dan kawasan sekitar daerah Bentong, bergantung kepada jenis serta lokasi hartanah.

Hubungi Ejen Hartanah Bentong

Nak jual rumah atau tanah sekitar Bentong?

Hubungi saya untuk berbincang dan membuat semakan awal hartanah anda.

Nur Hafiyah Nordin
REN 64455
Legacy Real Property Sdn Bhd
E(1)1925

Jual Rumah • Jual Tanah • Semakan Harga Pasaran • Hartanah Bentong

Hubungi sekarang