PINJAMAN PERUMAHAN VS MAJIKAN
Semasa memohon pembiayaan, bukan kita sahaja yang dinilai oleh bank bahkan majikan kita turut sama dinilai oleh bank.
Selain daripada melihat aspek-aspek seperti industri majikan, bank juga akan menganggarkan kestabilan kewangan majikan melalui penyata KWSP kita.
Daripada penyata KWSP kita, bank boleh lihat:
(1) Peratusan yang dicarum oleh majikan.
(2) Caruman majikan dilakukan secara konsisten.
(3) Tidak berlaku kelewatan dalam mencarum.
(4) Tidak berlaku keculasan dalam mencarum.
Berdasarkan perkara-perkara di atas, barulah bank akan membuat keputusan samada kita benar-benar layak untuk terima pembiayaan tanpa terganggu oleh ketidakstabilan kewangan majikan.
Nur Hafiyah Nordin (NHN)
Ejen Hartanah Berdaftar LPPEH
(REN64455)
011-1166 6021
Legacy Real Property E(1)1925
Laman Web Rasmi
https://www.datahartanah.com
Senarai Hartanah Lain, klik SINI
MUDAH. MY
https://www.mudah.my/hartanahnhn