Kenapa bahagian faraid isteri paling kecil?
Pernahkah tuan puan terfikir, kenapa dalam sistem faraid, isteri hanya menerima bahagian yang lebih kecil berbanding ahli waris lain? Adakah ini bermakna hak isteri tidak diutamakan?
Sebenarnya, ramai isteri yang keliru dan rasa tidak adil apabila mendapati mereka hanya mendapat 1/8 atau 1/4 daripada harta suami. Bahagian ini sering dirasakan tidak mencukupi untuk meneruskan kehidupan, apatah lagi jika perlu menyara anak-anak. Masalah ini bertambah rumit jika harta faraid perlu dibahagikan dengan ahli waris lain seperti anak lelaki, ibu bapa, atau adik-beradik.
Namun, Islam sangat adil. Bahagian faraid isteri kecil kerana tanggungjawab kewangan isteri tidak besar dalam Islam. Dalam faraid, isteri tidak wajib menyara keluarga—tanggungjawab ini terletak pada anak lelaki atau ahli waris lelaki lain. Tetapi, untuk memastikan isteri mendapat bahagian yang mencukupi, kita boleh melengkapkan sistem faraid ini dengan hibah harta.
Hibah membolehkan suami memberi sebahagian harta seperti rumah atau wang kepada isteri secara terus, tanpa tertakluk kepada faraid. Dengan cara ini, kehidupan isteri selepas ketiadaan suami akan lebih terjamin dan stabil.
*****
Jangan tunggu lagi untuk pastikan keluarga tuan puan terjaga dan tersusun. Hubungi saya untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma mengenai hibah dan pengurusan faraid.
Nur Hafiyah Nordin
011-1166 6021
Perunding Hibah Hartanah
Wasiyyah Shoppe