News

Check out market updates

“MENGAPA SAYA PERLU MEMBAYAR RM350 UNTUK PERJANJIAN SEWA?”

Menurut Solicitors Remuneration Order, seorang peguam berhak untuk mengenakan caj maksimum sebanyak 25% dari nilai sewaan atau sekurang-kurangnya RM350 (jumlah yang mana yang lebih tinggi).

Walaupun perunding hartanah tidak terikat oleh peraturan ini, ia masih menjadi panduan asas dalam menentukan caj untuk penyediaan perjanjian sewa.

Pendekatan ini selaras dengan undang-undang yang telah dirangka oleh kerajaan dan bukan ditetapkan tanpa sebab.

Nilai tersebut adalah wajar bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh perunding hartanah berdaftar, termasuk penyediaan perjanjian sewa, pemahaman isi kandungan serta terma-terma yang telah disetujui antara penyewa dan pemilik rumah.

Selain itu, caj ini juga meliputi kos stamping, kos runner, pengangkutan, waktu dan usaha yang diperlukan untuk berjumpa dengan penyewa dan pemilik rumah, dan faktor-faktor lain.

Yang paling penting, penyewa perlu menyedari bahawa kos untuk perjanjian sewa sebenarnya adalah sebagai perlindungan terhadap deposit yang mereka bayar kepada pemilik rumah.

Sekiranya anda menilai risiko kehilangan deposit yang telah anda keluarkan, maka nilai ini adalah berbaloi. Ini sama dengan membayar yuran insurans takaful untuk melindungi pendapatan, rumah, atau kenderaan anda.

Nur Hafiyah Nordin (NHN)

Ejen Hartanah Berdaftar LPPEH
(REN64455)
011-1166 6021
Legacy Real Property E(1)1925

Laman Web Rasmi
https://www.datahartanah.com

Senarai Hartanah Lain, klik SINI

MUDAH. MY
https://www.mudah.my/hartanahnhn

TERES | SEMI-D | BANGLO | JUAL RUMAH | JUAL TANAH | JUAL KEDAI | BELI RUMAH | BELI TANAH | BELI KEDAI | SEWA RUMAH | SEWA TANAH | SEWA KEDAI | KUANTAN | BENTONG | PAHANG | KEMAMAN | HARTANAH | PINJAMAN PERUMAHAN | MORTGAGE LOAN | HIBAH HARTANAH | HARTANAH KUANTAN | HARTANAH BENTONG | HARTANAH KEMAMAN | EJEN HARTANAH KUANTAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.