News

Check out market updates

Nak Beli Rumah? Jangan Terlupa Kos Tersembunyi Ni!

Ramai orang bajet duit nak beli rumah setakat deposit je, tapi bila sampai masa nak sign semua dokumen, terkejut beruk sebab ada kos tambahan yang tak pernah dengar. Jom kita sembang santai sikit pasal kos-kos ni, biar korang tak tercekik nanti!
“Eh, kenapa total kos aku ni lebih banyak dari harga rumah?”
Sebab ramai tak tahu, beli rumah ni bukan sekadar harga rumah. Ada hidden costs yang wajib bayar kalau nak proceed. Kalau tak sedia awal-awal, boleh jadi sangkut tengah jalan.
Kos Tersembunyi Yang Korang Kena Tahu:
1. Booking Fee & Deposit
Ni biasa orang tahu, tapi tetap kena sediakan minimum 10% dari harga rumah.
2. Yuran Guaman
Nak sign SPA (Sales & Purchase Agreement) dan Loan Agreement, lawyer charge ikut harga rumah. Selalunya 2%-3% dari harga rumah.
3. Duty Stamp
Ni cukai kerajaan untuk dokumen rumah & loan korang. Kalau rumah mahal, lagi tinggi kena bayar.
4. Valuation Fee

Bank nak sahkan harga rumah, jadi kena buat penilaian. Biasanya dalam RM500 – RM1,000 lebih kurang.

5. MRTA/MLTA

Insurans untuk cover loan korang kalau apa-apa jadi. Bukan wajib, tapi bank memang rekomen ambil.

6. Renovation & Miscellaneous

Dah dapat kunci, tengok-tengok ada lagi nak kena repair, pasang lampu, kipas, grill… semua ni makan kos jugak.

******************

• Sebelum beli rumah, kira kos tambahan ni awal-awal. Buat bajet siap-siap, bukan tengok harga rumah je.

• Tanyalah ejen atau banker, minta pecahkan semua kos ni supaya korang tahu apa nak prepare.

Bila korang tahu kos tersembunyi ni, takde la rasa pening atau menyesal lepas bayar nanti. Plan kewangan korang pun smooth, dan proses beli rumah jadi lebih mudah!

Nak tahu lebih detail atau tengah survey rumah? Meh saya bantu!

Nur Hafiyah Nordin
011-1166 6021
Ejen Jual Beli Rumah Kuantan
REN 64455

RUMAH LELONG KUANTAN

MUDAH. MY

TERES | SEMI-D | BANGLO | JUAL RUMAH | JUAL TANAH | JUAL KEDAI | BELI RUMAH | BELI TANAH | BELI KEDAI | SEWA RUMAH | SEWA TANAH | SEWA KEDAI | KUANTAN | BENTONG | TEMERLOH | PAHANG | KEMAMAN | HARTANAH | PINJAMAN PERUMAHAN | MORTGAGE LOAN | HIBAH HARTANAH | HARTANAH KUANTAN | HARTANAH BENTONG | HARTANAH TEMERLOH | HARTANAH KEMAMAN | EJEN HARTANAH KUANTAN | EJEN HARTANAH INDERA MAHKOTA | EJEN HARTANAH BESERAH | URUS JUAL BELI RUMAH KUANTAN | SEWA RUMAH KUANTAN | EJEN HARTANAH KUANTAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.