News

Check out market updates

Lepas meninggal, rumah jadi hak siapa?

Rumah yang dibina dengan titik peluh sendiri bertahun-tahun, akhirnya menjadi rebutan. πŸ˜–

Konflik keluarga, harta dibekukan, anak-anak terabai. Sanggupkah tuan puan melihat harta yang dikumpul untuk keluarga terbiar begitu sahaja?

Ramai yang tidak tahu, tanpa perancangan harta yang betul, rumah atau tanah yang dimiliki boleh menjadi punca pergaduhan keluarga. Tanpa hibah, waris perlu melalui proses faraid yang kadangkala menyebabkan perebutan harta, malah ada yang tidak mendapat hak sewajarnya. Proses juga mungkin makan masa bertahun, meninggalkan waris dalam situasi yang sukar.

Dengan hibah hartanah, tuan puan dapat menamakan siapa yang akan mewarisi hartanah dengan jelas. Ini bukan sekadar soal dokumen, tetapi satu jaminan bahawa harta yang dikumpul akan terus berada dalam tangan yang layak dan disayangi. Hibah membolehkan tuan puan mengatur warisan dengan lebih mudah dan harmoni, tanpa risiko pergaduhan atau masalah pembekuan aset.

Dengan adanya hibah, keluarga tuan puan dapat meneruskan kehidupan dengan tenang tanpa beban emosi dan kewangan yang tak sepatutnya. Tak perlu risau lagi dengan proses panjang atau isu faraid. Harta tuan puan akan sampai kepada yang tersayang dengan cara yang aman dan jelas. Bukankah ini legasi yang paling bermakna untuk ditinggalkan?

Lindungi masa depan keluarga dengan hibah hartanah hari ini. Jangan biarkan mereka menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita. Hubungi saya untuk maklumat lanjut atau sebarang persoalan mengenai perancangan hibah!

Nur Hafiyah Nordin
011-1166 6021
Perunding Perwarisan Harta & Hibah Hartanah
Wasiyyah Shoppe

Leave a Reply

Your email address will not be published.