News

Check out market updates

Penama Bukan Penerima Mutlak


Tempoh hari Hafiyah ada jelaskan mengenai kedudukan penama ini, hari ini Hafiyah nak ingatkan lagi kerana kerap juga Hafiyah dapat soalan mengenai penama ini.

Tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya anda mendapati bahawa diri anda adalah penama bagi apa-apa aset yang dinamakan oleh ahli keluarga anda, tanggungjawab anda TIDAK SELESAI hanya pada peringkat menerima aset atau harta pusaka tersebut sahaja tau. Selepas anda berjaya mencairkan aset tersebut, aset atau pusaka itu WAJIB dibahagikan semula kepada waris-waris mengikut hukum faraid.

Kebanyakan orang Islam beranggapan penama KWSP adalah pemilik mutlak harta tersebut. Tetapi sebenarnya penama cuma berfungsi sebagai pemegang Amanah sahaja. Dengan kata lain, ada waris-waris lain yang juga berhak terhadap duit KWSP tersebut.

Contohnya Ahmad meninggal dunia. KWSP Ahmad ada RM700,000. Waris faraid Ahmad adalah ibu, bapa, isteri, anak lelaki & anak perempuan.

Maka pembahagian faraid adalah seperti berikut:

  • Ibu : 1/6 = RM116,666.67
  • bapa: 1/6 = RM116,666.67
  • isteri: 1/8 = RM87,500
  • anak lelaki: 2 bahagian = RM252,777.78
  • anak perempuan : 1 bahagian = RM126,388.89

Ramai sebenarnya masyarakat Islam di Malaysia yang tak sedar akan perkara ini. Besar tau impaknya sekiranya anda sebagai penama tidak membahagikan harta pusaka itu mengikut hukum faraid. Anda mungkin berdepan risiko disaman oleh waris-waris yang lain! Kesudahannya, hubungan anda sebagai penama dan waris-waris lain mungkin boleh terjejas pada masa akan datang.

Perkara kecil ini tidak sepatutnya dipandang enteng. Ambil tahu, jangan keliru !

#WasiyyahShoppeBerhad #TeamWasiyyah #uruspusaka #SyarikatAmanahPatuhSyariah #RancangHarta

Nur Hafiyah Nordin
72098
Daie Mawwarith
Wassiyah Shoppe
011-1166 6021

Untuk maklumat lanjut, boleh bertanya dengan Hafiyah. Sila klik sini

https://g.co/kgs/NGjHk
TERES | SEMI-D | BANGLO | JUAL RUMAH | JUAL TANAH | JUAL KEDAI | BELI RUMAH | BELI TANAH | BELI KEDAI | SEWA RUMAH | SEWA TANAH | SEWA KEDAI | KUANTAN | BENTONG | PAHANG | KEMAMAN | HARTANAH | PINJAMAN PERUMAHAN | MORTGAGE LOAN | HIBAH HARTANAH | HARTANAH KUANTAN | HARTANAH BENTONG | HARTANAH KEMAMAN | EJEN HARTANAH KUANTAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.